Komando Malaysia, Mereka Telah Membuktikan Kemampuan Mereka

Komando Malaysia, Mereka Telah Membuktikan Kemampuan Mereka : Jangan pandang sebelah mata dengan kemampuan komando Malaysia. Buktinya mereka telah menunjukkan beberapa kali kemampuan mereka kepada dunia. Itu yang terpapar, yang belum terpapar hanya mereka yang terlibat saja yang mengetahui.

Komando Malaysia, Mereka Telah Membuktikan Kemampuan Mereka

Antaranya ialah pertempuran di Mogadishu yang melibatkan komando GGK, serangan lanun Sulu di Lahad Datu, Sabah (GGK) serta penahanan lanun di Teluk Aden (PASKAL) juga beberapa misi kiriman Tun Mahathir ketika perang Bosnia. (yang ni belum diiktiraf, namun anda boleh mencari salah satu buku bertajuk Kolonel Jihad yang mengisahkan kehidupan seorang Kolonel yang pernah ditugaskan ke Bosnia dan pernah diawasi oleh pihak US -btw, dia bukan komando)

Bila sebut komando, ramai yang akan berkata, hurmm...memang susah nak jadi komando. Ini kerana latihan yang sangat lasak, boleh kata 10 kali ganda dari latihan askar biasa. Ye la kan...nak jadi tentera elit bukanlah perkara mudah...kalau senang dah bersepah komando kat kat Malaysia nih.

Jadi bayangannya, ada menerusi satu video dibawah, dimana History Channel telah merekodkan latihan GGK walaupun tak cover latihan penuh.

Semoga ia berjaya menaikkan semangat kecintaan kepada agama, negara dan bangsa Malaysia yang kita cintai di bulan kemerdekaan ini. Kami sayang dan cinta Malaysia!!!! Al Fatihah kepada mereka yang telah gugur demi negara, agama dan bangsa.

1. Video Pengambilan Rekrut Komando GGK, Sg Udang Melaka



2. Kisah Peperangan Somalia

0 comment... add one now