Kubur Remaja Hamil 3 Bulan Di Pecah Kerana Masih Hidup?

Kubur Remaja Hamil 3 Bulan Di Pecah Kerana Masih Hidup? | Nelsy, seorang  remaja perempuan 16 tahun yang sedang hamil 3 bulan maut secara tiba-tiba di Honduras. Nelsy dikatakan tiba-tiba sakit dan keluarganya mengesyaki dia dirasuk lalu meminta pertolongan seorang paderi.

Kubur Remaja Hamil 3 Bulan Di Pecah Kerana Masih Hidup?

Ketika kejadian Nelsy sedang memakai gaun dan bersedia untuk bernikah dengan lelaki yang bakal menjadi bapa kepada anaknya itu.

“Paderi memintanya menyebut tuhan tetapi dia enggan. Suara yang keluar dari mulutnya bukan suaranya,” kata bakal suami Nelsy, Rody Gonzales.

Nelsy dibawa ke hospital dan beberapa jam kemudian doktor mengesahkan Nelsy meninggal dunia.

Namun sehari selepas dikebumikan, Gonzales melawat kuburnya dan terdengar ketukan dalam kubur dan pekerja di perkuburan itu juga mendengar ketukan.

Keluarganya yakin Nelsy sebenarnya masih hidup kerana selepas keranda dibuka, mereka mendakwa tubuh remaja itu tidak berbau busuk selain warna kulitnya tidak berubah.

“Dia tidak berbau busuk, tubuhnya kelihatan normal,” kata ibu saudaranya Gladys Gutierrez.

Doktor yang mengesahkan kematiannya, Claudia Lopez, berkata ujian menunjukkan Nelsy memang sudah mati.

“Kami membuat semua ujian yang menunjukkan remaja perempuan itu sudah meninggal dunia. Mereka memasukkannya ke dalam keranda dan membawanya kembali ke kubur,” katanya.

Keluarganya percaya jantung Nelsy berhenti sementara menyebabkan doktor mengesahkan dia sudah mati dan ketika dikebumikan, dia masih hidup.

Remaja itu dipercayai tersedar apabila jantungnya kembali berfungsi tetapi meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dalam keranda.

Kubur Remaja Hamil 3 Bulan Di Pecah Kerana Masih Hidup?

Menurut salah sepupunya, Carolina Perez, berkata: “Selepas dia dikeluarkan dari keranda, saya dapati tubuhnya masih panas ketika disentuh. Malah saya dapat merasai degupan jantungnya yang lemah.
“Ada calar pada dahi dan jarinya seolah-olah dia cuba keluar dari keranda.”

Ibu remaja itu, Maria Gutierrez, amat yakin anaknya masih hidup ketika dikebumikan dan menyalahkan doktor diatas kematian anaknya.- The Guardian


via
http://www.hmetro.com.my/node/73144#sthash.g2ZFPcUY.dpuf

0 comment... add one now