Lelaki Parah Di Langgar Kancil Ketika Mengisi Petrol Di Kluang : Seorang lelaki yang sedang mengisi petrol kenderaannya di sebuah stesen minyak di Shell Plaza Bintang, Kluang, Johor mengalami kecederaan parah apabila sebuah kereta Kancil dihadapannya yang telah selesai mengisi petrol tiba-tiba meluru kearah beliau dan melanggarnya.
Menurut seorang netizen, Muhammad Imran Johar, " Ayah member saya.. Tolong doakan yang terbaik.. Sekarang dalam dewan bedah.. Patah 2 tulang rusuk dan paha kanan.. Keluarga mangsa terkesan degan penyebaran video ini.. Tapi dah x mampu nak menghalangnya.. Harap doa yang terbaik untuk mangsa.."
Manakala seorang netizen lagi memuatkan sekeping gambar seorang wanita berketurunan India yang dikatakan telah melanggar mangsa.
Kami dapat rasakan si pemandu seolah tertekan pedal minyak dan gagal untuk menghentikannya. Kancil tersebut hanya terhenti setelah melanggar beberapa palang/tiang di stesen minyak tersebut.
Apapun, kami doakan semoga mangsa kembali sembuh dan mampu meneruskan kehidupan seperti biasa.
Mengenai kesalahan pemandu wanita itu, biarlah pihak berkuasa yang menjalankan sisatan lanjut.



click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.