6 Pria Di Hukum Sebat, Judi Nama Bas Di Acheh : Enam lelaki dihukum sebat di khalayak ramai oleh pihak berkuasa Aceh selepas didapati berjudi dengan bertaruh nama bas yang akan melintasi jalan raya.
Kesemua pria tersebut yang berusia 44 hingga 25 tahun itu didapati bersalah atas tuduhan berjudi dan dihukum sebat sebanyak tujuh kali.
Jurucakap pejabat pendakwa raya daerah Bireun, T Tarmizi berkata, enam lelaki itu ditahan pada Selasa lalu.
Katanya, ketika ditahan mereka bertaruh nama bas yang akan melalui tempat mereka duduk.
“Sesiapa yang dapat meneka nama bas dengan betul dikira sebagai pemenang dan setiap pemain akan memberi wang Rp5,000 (RM1.50).
“Pihak berkuasa agama menahan kumpulan ini selepas mendapat aduan daripada orang ramai,” katanya.
Menurutnya, polis merampas kertas pertaruhan yang mempunyai nama bas
via
http://www.hmetro.com.my/node/74175#sthash.TkETme8L.dpuf
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.