Sultan Selangor Buat Laporan Polis Dakwaan Raja Mudanya Murtad

Sultan Selangor Buat Laporan Polis Dakwaan Raja Mudanya Murtad, ok: Istana Selangor hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan kononnya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah murtad dan memeluk agama katolik.

Sultan Selangor Buat Laporan Polis Dakwaan Raja Mudanya Murtad

Menurut sumber, laporan tersebut dibuat oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, petang Isnin.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan mengulas lanjut perkara itu.

Laporan tersebut dipercayai berpunca daripada status yang dimuat naik oleh oleh pengguna Facebook atas nama Rahim TambyChik mengenai pertukaran agama oleh Putera Sultan Selangor itu.

“Berita pertukaran agama oleh Putera Sultan Selangor, Tengku Amer Shah, ke Katholokisme amat menyedihkan umat Islam di seluruh negara dan dunia.

Sultan Selangor Buat Laporan Polis Dakwaan Raja Mudanya Murtad

“Kesedihan ini ditambah dengan dua tragedi timpa umat Islam di Mekah dan Arafah. Moga hasrat Sultan Selangor bertemu Pope Vatican City akan berhasil,” menurut status di Facebook itu.

Tinjauan di Facebook Rahim TambyChik mendapati status terbaru permohonan maaf atas kesilapan fakta di dalam status sebelum itu.

“Merujuk kepada posting saya di Twitter dan Facebook mengenai perkara itu DYTM Raja Muda Selangor memeluk catholitism, saya mengaku ini adalah dari sebuah laman web tidak berasas.

“Saya memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan kesusahan ia boleh menyebabkan DYTM Raja Muda Selangor dan Istana Selangor,” katanya.

via
http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/28/dakwaan-raja-muda-murtad-istana-selangor-buat-laporan-polis/

0 comment... add one now