Video Pengawal Keselamatan Tendang Pengemis Wanita

Video Pengawal Keselamatan Tendang Pengemis Wanita : Satu video seorang pengawal keselamatan bersama seorang pengemis wanita warga emas kini dimuat naik dimedia sosial.

Video Pengawal Keselamatan Tendang Pengemis Wanita

Menerusi video berdurasi 1.32minit itu, jelas kelihatan seorang pengawal keselamatan yang kami percaya sebah bank tempatan sedang berusaha menghalau wanita pengemis warga emas tersebut dari berada disekitar premis itu.

Mungkin keadaannya yang kotor dan aktiviti mengemis membuatkan pengawal keselamatan itu ataupun pihak pengurusan kurang senang dengan kehadiran wanita tersebut.

Bermula dengan kata-kata, pengawal keselamatan tersebut dilihat menendang wanita itu hingga dia terjatuh ke bawah dari tempat duduknya.

Aksi seterusnya, dia dilihat mengacukan cotanya di kepala warga emas tersebut, sebelum dia beredar masuk semula kedalam.

Apa sekalipun, tegur/buatlah dengan cara berhemah dan bertanggungjawab. Menendang wanita emas yang tidak berdaya dilihat seperti seorang yang sangat kurang ajar!

Dan kami harap pengawal keselamatan tersebut bukanlah warga Malaysia...sadis melihat warga emas tersebut menangis....Apa perasaan dia pula jika wanita yang ditendang itu adalah emaknya???

Pengemis DiTendang Pengawal Keselamatan
Bukan ini caranya bang oih....suka2 je ko tendang dia ekk...
Posted by Video Viral on Wednesday, 2 September 2015

0 comment... add one now