Gagal Lapor Diri Ke Skuad Kebangsaan, Faizal Saari Bakal Digantung: Penyerang hoki negara, Faizal Saari digantung selepas gagal melaporkan diri dalam skuad kebangsaan dan tindakannya kali ini bakal menyaksikan dia hilang mata pencarian dalam sukan itu.
KHM terpaksa ambil tindakan tegas terhadap Faizal selepas memberi amaran demi amaran.
Namun hukuman yang menanti penyerang Terengganu Hockey Team itu lebih teruk kerana dia mungkin digantung di peringkat domestik termasuk tidak dapat beraksi dalam Piala Razak, hujung bulan ini.
"Buat sementara ini, kita tidak akan mengguna khidmat Faizal Saari, saya ingin menegaskan tiada sebarang individu pun adalah istimewa, kami mahukan semangat berpasukan,” jelas Datuk Seri Subahan Kamal.
"Kita akan memanggil Faizal Saari untuk mendapatkan penjelasan mengapa tidak bersama pasukan Malaysia dan kemudian kita akan menggantung Faizal daripada menyertai sebarang pertandingan di dalam dan luar negara.
Untuk info, ini bukanlah kali pertama Faizal Shaari tidak melapor diri ke skuad kebangsaan. Awal tahun lalu dia dilaporkan mempunyai masaalah peribadi dan meminta kebenaran untuk lewat menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.
Namun, dimata peminat pula, Faizal dilihat sebagai pemain berbakat namun kurang berdisiplin. Dia juga pernah mengugut untuk bersara dari mewakili pasukan kebangsaan.
Faizal sebelum ini memulakan karier antarabangsa bersama skuad senior negara ketika berusia 18 tahun pada Cabaran Juara-Juara II di Dublin, Ireland (2009).
via
http://www.stadiumastro.com/
Gagal Lapor Diri Ke Skuad Kebangsaan, Faizal Saari Bakal Digantung
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →