Status Pakar Motivasi Ini Cetuskan Kontroversi

Status Pakar Motivasi Ini Cetuskan Kontroversi: Keputusan peperiksaan UPSR telah dikeluarkan, ada yang berjaya dan ada yang gagal. Ramai ibubapa memuatnaik status peperiksaan anak-anak mereka. Zaman media sosial ni, perkara sebegini dah biasa. Namun bagi admin, ada satu status paling menarik telah dimuatnaik oleh seorang ahli/pakar motivasi, Mufarwa Farid. Sangat menarik....sehingga mencetuskan sedikit perdebatan atau mungkin ianya kerana salah faham...apapun, jom kita lihatnya dibawah....

Status Pakar Motivasi Ini Cetuskan Kontroversi

Ada kawan aku, dapat UPSR 2A je dulu. Sekarang ni, umur dah 22, dia kat German ambik Engineering dapat sponsor penuh daripada JPA. 

Sorang lagi member aku, dapat UPSR 1A je. Ada satu D kalau tak silap. Sekarang ni tengah sambung Master kat UPM, dalam bidang pertanian. 

Ada jugak la member aku, dapat UPSR 5A. Lepas tu SPM melingkup, lepas tu sampai sekarang menganggur duduk rumah makan nasi duit mak bapak lagi. 

Orang yang bawah daripada dia dulu, dah mabuk-mabuk kat German dan dah happy-happy kat UPM. 

Pengajarannya? 

UPSR ni bukan time kau nak bersedih atau bergembira. Tapi ini adalah time kau mulakan azam baru. 

Yang cerdik, mulakan azam dari sekarang untok kekalkan kecerdikan.

Yang tak cerdik, dapat result tak best, mulakan azam dari sekarang untok berubah jadi cerdik. 

UPSR bukan segalanya, tapi segalanya adalah bermula daripada kau. 

Kalau kau rasa bodo dan tak boleh go on, kau sangat silap. 

Ada je ramai yang dapat result UPSR teruk, tapi time SPM dia power. Siap dah buat Master lepas tu, macam member aku kat UPM tadi. 

Ada jugak teruk UPSR, tapi Tuhan bagi dia pergi belajar luar negara bila lepas sekolah menengah. 

Tapi jangan lupa, 

Kau power UPSR pun, tapi kau salah pilih kawan, malas belajar, berlagak nak mampos dan ikut member buat benda bukan-bukan, 

Tak guna weh kau punya result. 5A tu takde makna. 5A tu takde makna kalau kau tak berazam untok berubah menjadi lebih baik. 

Aku ulang sekali lagi, 

Kalau kau tak berazam untok berubah menjadi lebih baik, 

Tak guna result 5A kau tu.

Apa-apa pun, 

Tahniah lah kepada adik-adik yang dah dapat result tu!

Abang doakan kau berjaya sampai bila-bila, 

Dan keputusan yang kau dapat itu adalah keputusan yang memberi kebaikan pada kau!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Status Pakar Motivasi Ini Cetuskan Kontroversi

Status Mufarwa ini sebenarnya telah menjadi satu "kontroversi" di wall beliau kerana ada yang menganggap cara penulisannya itu seperti seorang yang mendabik dada seperti komen Troy Kay Fiq dibawah,

"Kepada mufarwa.. Jangat ingat berada di universiti kau sudah berjaya.. Hidup di bumi Allah banyak cabarannya.. Ikutlah resmi padi Makin berisi makin tunduk.. Bukan menongkah kelangit.. Ramai manusia yg tiada ijazah n apa kelulusan boleh berjaya.. Rezki mempunyai pelbagai corak.. 

Kamu motivater yg fail kerana status kamu mengaibkan gambar adik nie.. Mohon tulis jgn dgn mendabik dada.. 

Jika kamu duduk dlm kalangan org yg memegang skrol shaja bukan dalam kalangan masyarakat.. Tulisan anda perlu mengikut akta masyarakat dan bukan komen menjatuhkan.. Biarpown sekali ini kejayaan UPSr ini kamu anggap kecil..tp adik ini telah memberikan kegembiraan pada ibu bapanya .. Kejayaan UPSR sebagai penghargaan lelah penat ibu bapa bekerja siang dan malam mengsekolahkan mereka.. 

Pahala menggembirakan hati org tuanya.. Jadi hidup didunia jangan mendabik dada dan menongkah kelangit..hidup mestilah dgn mencari keredhaan ibu bapa dan kejayaan dunia serta akhirat.

Status Pakar Motivasi Ini Cetuskan Kontroversi

Balas Mufarwa, Bagi yang tak faham, atau tak baca pun apa yang saya tulis, di sini saya ringkaskan:

Okay. Baik, isi-isi yang ada dalam tulisan saya ini:

- Jangan bersedih dengan keputusan UPSR. Ramai lagi orang yang tak hebat UPSR, tapi lepas SPM, dia hebat. 

- UPSR bukan pengakhiran. Tetapi ia adalah permulaan. Tingkatkan azam untok berubah. 

- Kat sekolah menengah, lagi banyak cabaran nya. Jangan ikut kawan bukan-bukan, dan rajinkanlah diri. Sebab, kalau tersilap langkah, sia-sia 5A tu. 

- Gambar Aisyah Mawardi tu saya ambil kerana itu adalah kandungan ceramah saya setiap kali saya berceramah. Wajib ada. Gambar ni dari tahun 2012 lagi. Tak ada kena mengena pun dengan artikel saya kali ini. Saja nak inspire budak-budak supaya rasa ada harapan dalam diri.

via
Mufarwa Farid

0 comment... add one now