Polis Saman Diri Sendiri Kerana Parking : Seorang polis menunjukkan sifat dedikasi terhadap pekerjaannya dengan menyaman dirinya sendiri kerana meletakkan kereta di tempat orang kurang upaya.
Biasanya, pegawai yang bertindak sedemikian tidak akan mengendahkan peraturan undang-undang hanya kerana mereka polis.
Namun berbeza dengan David Clarke, pegawai kanan polis di Milwaukee yang menunjukkan dia tetap mematuhi undang-undang dengan menyaman dirinya sendiri ketika sambutan Hari Veteran baru-baru.
“Saya berhenti di hadapan Tugu Perang di Milwaukee, kemudian keluar dari kenderaan dan mengarahkan pemandu saya mengalihkan kereta dengan meletakkannya di tempat yang betul.
Dia tidak mematuhi arahan itu, sebaliknya meletakkan kereta itu diparkir yang dikhaskan untuk orang kurang upaya,” katanya dalam satu kenyataan.
Clarke kemudian bertindak menyaman dirinya sebanyak AS$35 (RM153.34) dan memutuskan untuk menyumbang sebanyak AS$200 (RM900) lagi kepada pertubuhan orang kurang upaya.
Katanya: “Kereta polis juga perlu mematuhi undang-undang, kecuali kecemasan atau atas urusan rasmi. Namun, ia bukan di tempat orang kurang upaya.”
Dia kemudian mengarahkan siasatan dalaman dijalankan untuk mengetahui mengapa pemandunya tidak menuruti perintahnya. - Agensi
via
http://www.hmetro.com.my/node/93602#
Polis Saman Diri Sendiri Kerana Parking
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →