Pemandu Lawan Arus, Punca MPV Kemalangan

Pemandu lawan arus, Punca MPV kemalangan: Laman sosial Facebook dikejutkan dengan sebuah video yang menunjukkan sebuah kereta dipandu melawan arus, hari ini.

Pemandu lawan arus, Punca MPV kemalangan

Kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran Tol Setia Alam.

Menerusi rakaman tersebut, kereta Toyota yang bewarna kelabu dipandu melawan arus di lorong kanan dan menyebabkan kenderaan dari arah berlawanan terpaksa mengelak dari bertembung.

Bagaimanapun, sebuah MPV berwarna putih dilihat hilang kawalan akibat cuba mengelak dari bertembung dan mengalami kemalangan.

Kejadian tersebut menarik kecaman berpuluh ribu pelayar di laman Facebook.

"Antara paling bodoh punya driver. Tolong tarik lesen dia. Gantung seumur hidup lesen dia tu. Bodoh!," kata Syukri.

"Apa bodohnya dia punya pasal, orang lain jadi mangsa," kata Putra.

Waktu sebenar kejadian tersebut gagal dipastikan.


Apa kejadahnye driver ni...highway tu kan...x pasal2 keta putih tu terbabas....
Posted by Video Viral on Thursday, 24 December 2015


via

0 comment... add one now