Resepi Sedap Ikan Keli Bakar/Goreng Bersama Cekur,ok!: Sape org jawa mesti tau apa nama masakan ni..😋 Masakan mak mmg champion lah...😋 Ni saya share resepi sekali. Bahan2:
Ikan keli - dibakar terlebih dahulu. Kalau nak goreng pun boleh. Saya goreng je, sebab malas bakar. (saya tukar ikan siakap sebab saya tak makan ikan keli😊)
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 8 tangkai cili padi
- 5 atau 6 biji cekur: (saya punya cekur saiznya agak kecil.)
- sedikit kunyit hidup
- santan
- 4-5 helai daun limau purut
- 10 helai daun cekur - dihiris halus
- garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya :
Ketepikan dahulu ikan keli yang telah dibakar/digoreng tadi.
Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, cili padi, cekur dan kunyit hidup.
Didihkan sedikit air dalam periuk, dan masukan bahan yang ditumbuk. Rebus sehingga naik bau.
Bila dah agak mendidih, masukkan santan dan daun limau purut. Kemudian masukkan ikan keli tadi. Akhir sekali masukkan hirisan daun cekur dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Selamat mencuba...
Kredit :
Norsaadah Salim/MAHN
Resepi Sedap Ikan Keli Bakar/Goreng Bersama Cekur
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: Kerana Selipar Ke Sekolah
Prev post: PETUA HANCURKAN BATU KARANG
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.