Khasiat Air Rebusan Bendi

Khasiat Air Rebusan Bendi,ok!: Balik kampung aritu sembang dengan kawan atuk, umur dah 86thn tp masih kuat lagi..bela lembu kambing..tanam nenas dan cili 5 ekar..

Khasiat Air Rebusan Bendi

Tiada penyakit seperti adik beradik dia yg lain..tekanan darah ok, gula dalam darah ok, kencing manis takde, kolestrol rendah

Bila aku tanya apa rahsia dia...
Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia msk umur 30 tahun. Aku pun dah masuk 4 series ni, cuba la buat..arini dah hari ke tiga.. InshaAllah semoga aku istiqomah amalkan sampai bila2

Caranya mudah dan murah sj :
1. Beli 1 ikat kacang bendi Rm1 jer
2. Potong halus (basuh dulu ya)
3. Rendamkan 8-12jam di dalam air mineral supaya lendir bendi td keluar (x perlu rebus)
4. Minum mcm biasa, air x rasa apa2 pun
5. Bila air dah abis, rendam skali lg (boleh buat sampai 2-3x, sampai likat lendir dia abis)
6. Bendi td tu boleh la goreng kicap ke, rebus buat ulam ke atau letak dlm kari...x membazir 😬

Selamat mencuba

16 Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Belum Tahu..

✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
✔Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
✔Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
✔Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.
✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
✔Mencuci hati.
✔Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
✔Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
✔Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
✔Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
✔Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
✔Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
✔Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
✔Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
✔Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang

Sumber:
dara anggun

0 comment... add one now