PUSAT MAKSIAT TERBESAR DI KUALA LUMPUR KEBAL DARI PIHAK BERKUASA (PART 1)
MyWatch mempersoalkan bagaimana boleh berdiri teguh bangunan setinggi 18 tingkat di Jalan 1/77B, Kuala Lumpur yang di dalamnya terdapat sebuah pusat maksiat yang terbesar di Kuala Lumpur, sedangkan jaraknya dengan IPK Kuala Lumpur hanya lebih kurang 300 meter sahaja.
Dengan jarak yang sebegini hampir, adalah sesuatu yang menghairankan jika kewujudannya sebagai pusat maksiat tidak diketahui oleh pihak polis. Apa gunanya PDRM mewujudkan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) jika tidak mampu menggempur pusat maksiat seperti ini.
Pusat maksiat yang diberi nama Saboon Spa ini beroperasi sejak sekian lama tanpa pernah diserbu oleh pihak berkuasa. Pemiliknya adalah seorang lelaki berbangsa Cina yang dikenali sebagai Leng Chai (Lelaki Tampan).
Berselindung di sebalik nama pusat urut, premis ini turut menyajikan aktiviti pelacuran, jual beli dadah, dan tempat berkumpulnya para kongsi gelap yang ada diantaranya sedang diburu pihak polis.
Bangunan 18 tingkat ini dikawal rapi oleh CCTV dan bonzer (pengawal) di setiap tingkat. Malah di dalam lif juga terdapat bonzer yang akan memerhatikan segala tindak tanduk pengunjung yang hadir.
Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM198 untuk 2 jam. Selama 2 jam itu pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan spa dan sauna sambil ditemani oleh gadis-gadis pelayan. Gadis-gadis tersebut boleh dibawa ke bilik hotel untuk memuaskan nafsu dengan sejumlah bayaran lain yang ditetapkan.
Selain mengunjungi spa dan sauna, pengunjung juga boleh ke kelab dan bilik karaoke yang juga akan ditemani oleh gadis-gadis pelayan.
Kesemua gadis pelayan di sini merupakan warga asing yang kebanyakannya dari China, Thailand, dan Vietnam. Kesemua mereka tiada permit kerja yang sah, malah ramai yang sudah luput pas lawatan sosial namun terselamat kerana premis kebal dari serbuan pihak polis dan imigresen.
Pendedahan MyWatch seterusnya adalah mengenai orang-orang kenamaan (VIP) yang terlibat sebagai “sleeping partner” di dalam pengoperasian pusat maksiat ini.
MyWatch juga bersedia mendedahkan identiti Leng Chai, pemilik pusat maksiat ini tetapi adakah STAGG berani menunjukkan kuku dan taring mereka untuk menangkap Leng Chai di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA)?
via
PUSAT MAKSIAT TERBESAR DI KUALA LUMPUR KEBAL DARI PIHAK BERKUASA
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →