Surat Terbuka Buat En Arif, Vendor Proton

Surat Terbuka Buat En Arif, Vendor Proton

Surat Terbuka Buat En Arif, Vendor Proton

PROTON LAGI..!!

Saya ingat dah ok dah isu Proton. Ada lagi.!!! Ni saya jawab kepada En. Ariff yang telah hantar surat terbuka kpd Tun M dan salahkan Tun M pasal dia sebagai Vendor Proton dah mula tidak terima payment. Saja nak ingatkankan En. Ariif tu perlu bersyukur...

Kepada En. Ariff dan yang rajin copy paste tu. Sedarlah bahawa kamu berdua tak faham akan terbinanya Proton. En. Ariff sebagai vendor sendiri mengakui menjadi vendor dan baru2 ni sahaja dah mula tak dapat payment.

Tapi En. Ariff tak ingat ke tanpa Proton, En. Ariff tak akan dapat jadi vendor barangan untuk bangunkan kereta Nasional.

Bukan En. Ariff sahaja, puluhan Vendor pasti tak dapat jadi vendor juga jika tidak ada Proton.
Tak tahu berapa lama dah En. Ariff jadi Vendor. Berapa lama dah staf En. Ariff dapat bekerja dan bergaji hasil dari En. Ariff sebagai Vendor Proton.

Tak sedikit Proton telah memberi pendapatan kepada En. Ariff dan staf serta keluarga mereka. Bukan sedikit.

Dan ini juga sama halnya dgn Dealer atau Pengedar lantikan yang majoritinya Bumiputera seperti En. Ariff. Mereka juga dulu senang..pekerja2 mereka juga senang. Tapi sekarang mereka seperti En. Ariff juga. Sedikit kesulitan buat masa sekarang. Doakan lah agar kembali pulih.

En. Ariff maklumkan tentang 6,000 Tahukah En. pekerja Proton. Ariff dari dulu dah 6,000 pekerja ni. Mereka dapatt gaji sebagai pemasang atau juruteknik dengan gaji jauh dari pekerja kilang2 lain.

Baca: Surat Terbuka Vendor Proton Buat Tun Mahathir

Ingatlah En. Ariff...masa tu Proton kuat boleh setanding dengan kereta lain adalah kerana ada perlindungan dari Kerajaan. Kerajaan lindungi Proton bukan untuk Tun M tapi untuk Vendor2 seperti En. Ariff dan pekerja2 En. Ariff. Bayangkan kalau ada seratus Vendor. Beratus Deealer Pengedar. Berapa ramai Bumiputera akan menikmatinya.

Tun M skrg hanya Pengerusi sahaja. Dah 90 usianya tapi gigih nak pertahan Proton. Bukan dia beĺeh tentukan lagi dasar kerajaan.

Tapi apakan daya kalau dasar kerajaan tidak mahu lindungi lagi Proton. Dasar Automotif Negara lebih menguntungkan kereta luar. Dan sewajarnya salahkan Pemimpin Negara yang tidak melindungi Proton.

Proton dibina atas dasar kereta Nasional itu perlu dilindungi. Kalau tidak boleh lindungi kepentingan Proton, pastinya Tun M tak bina Proton dari awal2 lagi. Sebab tu apa sahaja kejayaan Proton dan Vendor2 dan Dealer2nya adalah atas dasar Automotif Negara zaman Tun M. Dasar memberi perlindungan kereta Nasional.

Produa tu rajin2lah tengok siapa rakan kongsi mereka.

Salahkan pemimpin selepas Tun M bukan salahkan Tun. Berterima kasihlah kepada Tun M sebab Sdr. Ariff sempat jadi Orang Kaya hasil dari Proton.!!!
T.kasih.

Syed Hassan Syed Ali
Tim. Presiden Kelab Chedet

0 comment... add one now