Pengawal Keselamatan Mogok, Tutup Sekolah

Pengawal Keselamatan Mogok, Tutup Sekolah,ok : Hampir 100 murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Keat Hwa (S), Kampung Baru, di Alor Star, terpaksa menunggu lebih setengah jam di luar sebuah berikutan tindakan mogok pengawal keselamatan yang mengunci pagar utama sekolah berkenaan, pagi ini.

Pengawal Keselamatan Mogok, Tutup Sekolah

Insiden itu mengakibatkan rata-rata murid yang hadir seawal jam 6.30 pagi terpaksa menunggu lebih setengah jam sebelum dibenarkan memasuki perkarangan sekolah.

Selain murid, turut 'terperangkap' di luar pagar sekolah ialah beberapa pekerja kantin sekolah dan guru.

Terdapat juga kain rentang digantung di luar pagar sekolah yang tertulis 'Sila jelaskan gaji, tunggakan dan caruman KWSP...Kami nak makan, kami ada keluarga, kami nak bayar sewa.'

Keadaan itu mengakibatkan laluan di hadapan jalan utama Kampung Baru turut sesak kira-kira 15 minit sebelum pintu pagar dibuka semula.

Difahamkan tindakan itu dilakukan empat pengawal keselamatan berikutan sudah empat bulan tidak menerima gaji daripada majikan mereka.

Sementara itu, Pengerusi Pengelola SRJK Keat Hwa (S) Kampung Baru, Lim Gek Leng berkata, pihaknya dimaklumkan pagar sekolah itu hanya dibuka semula selepas seorang guru lelaki bertindak memanjat pagar dan mengambil kunci di bilik pengawal keselamatan.

"Kami dimaklumkan seramai empat pengawal keselamatan yang berkhidmat di sini mengalami tunggakan gaji lebih RM5,000 seorang sejak Januari hingga bulan ini," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/130455#

0 comment... add one now