KORANG PEMBUNUH!!!

PEMBUNUH!
Sesapa yang ikut plus arah utara area lepas tol Simpang Ampat petang tadi mesti sangkut jem terok kan. Sesapa yang ikut lorong kecemasan time tu, dukacita aku nak maklumkan bahawa korang adalah PEMBUNUH. Ya pembunuh, tapi jangan risau sebab kemungkinan besar korang tak akan kena tangkap dan hukum gantung. Tapi pasti ada balasan untuk korang kalau x di sini, mesti di "sana" nanti akan diadili seadil2nya.

KORANG PEMBUNUH!!!

Kepada PEMBUNUH2 yang terlibat, aku nak cerita jenayah korang so baca dan hadam betul2. Buat yang lain ambil pengajaran dan jangan sesekali jadi PEMBUNUH macam diaorang.

Eksiden tu jadi betul2 depan kereta aku. Alhamdulillah masih ada jarak selamat so aku x terlibat secara langsung. Ceritanya moto LC150 yg dinaiki oleh 2 beradik tu terlanggar belakang Iswara yang rosak dan diletakkan di lorong kecemasan. Impak perlanggaran tu menyebabkn dia org tercampak ke lorong tengah lebuhraya. Lori sayur yang berada di belakang diaorang mengelak dan menyebabkan lori tu terbalik melintang lorong tengah dan lorong kanan.

Uncle yang bwk lori sayur tu x mengalami sebarang kecederaan. Pujian harus diberikn kepada dia sebab dapat mengelak 2 orang rider tersebut sampai dia sendiri terbalik.

PEMBUNUH2 sekelian, jenayah korang bermula di sini. Lorong tengah dan lorong kanan terus tertutup dan xvdpt dilalui. Tinggal satu lorong. Dan bila jadi macam ni PEMBUNUH2 ni buat apa yang dia orang selalu buat; gunakan lorong kecemasan tanpa rasa bersalah langsung.

Dahla guna lorong kecemasan, bila sampai tempat kejadian drive slow, sambil tangan pegang henpon nak ambil gambar. Korang nak ambil gambr bukti jenayah korang ke ape?

Eksiden berlaku lebih kurang pkl 3:30 ptg, dan ambulans pertama yang sampai adalah lebih kurang SEJAM kemudian! SEJAM weh, perjalanan yang biasanya ambil masa x smpai 15 minit. Ambulans tu ambil rider pertama dan tinggal lagi sorang rider.

Ambulans kedua sampai selepas 2 JAM SETENGAH! Eksiden pukul 3:30 dan ambulans kedua dengan bomba sampai dekat2 pukul 6 weh! Semua disebabkan PEMBUNUH2 ni yang dengan tanpa segan silu guna lorong kecemasan.

KORANG PEMBUNUH!!!

Kedua2 rider tu suffer from head injury. Bleeding. Time kami sampai diorg still respond dan separa sedar. Kami tengk sendiri condition diaorang deteriorate dalam masa menunggu ambulans sampai.

Apa yang kami boleh buat cuma try stop bleeding dan elakkn diaorang dari pengsan/tido. Masa ambulans sampai diaorang dah kurang response dan semakin lemah. Sekarang diaorang kat Hosp Seremban dan kami pun x tau apa condition diorg sekarang. Harap2 dia orang selamat walaupn harapan agak tipis.

Kepada PEMBUNUH2 sekelian, aku harap korang sedar. Lorong kecemasan meant exactly for times like this. Tapi disebabkan keBANGANGan korang orang yang x bersalah jadi mangsa. Aku x doa benda ni jadi kat korang balik, cukupla korang sedar dan x buat lg.

Dan kpd yg lain2 yg suka guna lorong kecemasan, ingatlah yang korang juga mungkin akan jadi PEMBUNUH suatu hari nanti. Ya dari dulu aku memang sangat2 benci kat orang2 yang suka guna lorong kecemasan time jem, tapi hair ni aku rasa perasaan benci tu dah sampai tahap maksima. Korang dah jadi PEMBUNUH!




UPDATE: Kedua-dua penunggang telah kembali ke rahmatullah...Al Fatihah buat Bob Arof dan sahabatnya. Beberapa gambar kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan juga telah diambil salah seorang pengguna...diharap pihak berkuasa menjalankan tugas mereka!!!

via
Mohd Zulhairi Shariff

0 comment... add one now