TELADAN BUAT AKU ( IBU & CIKGU )

TELADAN BUAT AKU ( IBU & CIKGU )

TELADAN BUAT AKU ( IBU & CIKGU )

Sudah lama saya perhatikan murid ini memegang sahaja seluar trek nya yang digulung-gulung hingga singkat, tapi tak pernah terfikir untuk panggil dan bertanya pada dia, kelmarin saya tergerak hati untuk bertanya, apabila melihat murid lain keluar rehat, tetapi dia duduk sahaja dalam kelas.

Saya tanya kenapa tak pergi rehat, dia tak jawab, wajah nya malu-malu, teragak-agak nak bagitau saya yang dia cuma ada 80sen, luluhnya hati saya, sebak dalam hati saya tahan, dalam hati berkata2-kata" nak makan ape 80sen dikantin ", sambil mata saya melilau dan memikir kenapa dia pegang seluarnya yang bergulung.

Apabila saya turunkan tangannya, Allah!! terlucut pulak seluarnya, tersipu2 dia malu, sebak lagi hati saya melihat dia, seluar trek yang sudah tiada getah, tabahlah wahai hati...

Saya mencari-cari pin tdung kot-kot ada terselit dalam handbag saya...alhamdulillah, jumpa 1 pin tdung dan saya pinkn seluarnya. Kemudian saya kemaskan dan saya bertanya " ini seluar siapa yang kamu pakai", dia jawab  " seluar kakak saya", saya tanya lagi " knpe pakai seluar kakak",  dia jawab "saya xde seluar, saya ganti-ganti dengan kakak saya" sambil bertanya lagi dan lagi sehingga menitis airmata saya.

Memandangkn waktu rehat makin berlalu, saya ajak terus ke kantin sambil saya berikan sedikit wang untuk dia beli makanan di kantin...sehingga kini saya masih terbayang, terkenang, terfikirkn dia..rupenya banyak lagi kisahnya yang saya tak mampu untuk kongsikn disini.

Kisah ini saya share untuk peringatan diri saya terlebih dahulu sebagai ibu kepada anak-anak saya, yang diberi segala kelengkapan harian, dan juga sebagai guru yang sangat mudah tersentuh hati.

via
Ismi Faiz

0 comment... add one now