Lelaki 19 tahun Terkejut Ternak 26 Ekor Lipas Dalam Telinga

Lelaki 19 tahun Terkejut Ternak 26 Ekor Lipas Dalam Telinga: Seorang doktor di wilayah Guangdong terkejut apabila menemui 26 lipas yang bersarang di dalam telinga seorang remaja lelaki.

Lelaki 19 tahun Terkejut Ternak 26 Ekor Lipas Dalam Telinga

Remaja itu yang dikenali sebagai Li, 19, mendapatkan rawatan selepas terasa gatal dan sakit pada telinga kanannya ketika tidur.

Doktor yang memeriksa telinganya terkejut menemui puluhan serangga kecil di dalamnya dan percaya lipas betina menghuni organ itu sejak beberapa minggu lalu sebelum bertelur di situ.

Menurut Dr Yang Jing dari Hospital Chang’an Xiaobian di Dongguan, "Kami melihat objek berbentuk serangga melitupi liang telinganya sepenuhnya lalu mengeluarkan lipas itu. Pemeriksaan lanjut menemui 25 anak lipas."

Menurutnya, secara keseluruhan doktor mengeluarkan 26 lipas merangkumi ‘ibu’ dengan 25 anak lipas sebesar nyamuk kecil.

Lelaki 19 tahun Terkejut Ternak 26 Ekor Lipas Dalam Telinga

Lipas antara serangga paling tahan lasak dan ada spesies mampu hidup beberapa bulan dengan hanya sumber terhad.

Serangga itu gemarkan tempat gelap serta panas, sama seperti liang telinga manusia. - Agensi

via
http://www.hmetro.com.my/node/73467

0 comment... add one now