Lelaki Terkejut Duit Di Simpan Habis Di Makan Anai-Anai

Malang bagi seorang pekerja lelaki di Guangdong yang berusia 60-an apabila hampir separuh wang yang disimpannya didalam sebuah bangsal berjumlah 80 ribu yuan (RMB) telah dimakan oleh anai-anai.

Lelaki Terkejut Duit Di Simpan Habis Di Makan Anai-Anai

Cheng,yang berasal di daerah Sanshui, Foshan Guangdong yang tidak begitu percayakan bank telah memilih untuk menyembunyikan duitnya itu dari disimpan di bank.

Selepas beberapa bulan, Cheng cuba memeriksa wang simpanannya terkejut apabila mendapati beg simpanan itu penuh dengan anai-anai, dan hampir separuh daripada nota tunai itu telah menjadi serpihan kertas.

Cheng meminta bantuan daripada pihak polis, untuk membantu dia mengira kembali wangnya itu. Bersama-sama, mereka cuba untuk mencantumkan kembali wang kertas yang telah koyak itu, tetapi kebanyakan darinya sukar untuk dicantumkan kembali.

Bahkan ada beberapa nota tunai itu melekat bersama-sama dan hampir mustahil untuk dipisahkan.

Pihak polis membantu Cheng membawanya ke Rakyat Bank China untuk cuba menukarkan wang yang rosak, tetapi kerana keadaanya yang terlalu teruk, pihak bank hanya memberinya 40 ribu RMB.

via
http://shanghaiist.com/

0 comment... add one now