Mahkamah Bebas Benjy

Mahkamah Bebas Benjy: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini melepas dan membebaskan Benjy dan rakan wanitanya daripada dua tuduhan memiliki syabu, Mac lalu.

Mahkamah Bebas Benjy

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu terhadap Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, dan Julia Ernie Jamaludin, 26, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie terhadap kes itu.

Benjy dan Julia Ernie masing-masing didakwa memiliki dadah jenis Syabu 1.71 gram (g) dan 3.01 g di sebuah bilik hotel di Jalan Yap Ah Shak, Dang Wangi, di sini, pada jam 9.30 malam, 5 Mac lalu.

Sementara itu, mahkamah mengarahkan Julia Ernie untuk membela diri atas satu lagi tuduhan memiliki 0.37 g syabu di tempat dan masa sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Malini Anne.

via
http://www.bharian.com.my/node/99272

0 comment... add one now